Shaklee May 2014 Promo

Shaklee May 2014 Promo

Tuesday, April 8, 2014

Shaklee Ostematrix : Atasi Sembelit| Pengganti Susu

Salam..

Hari ni nak share pengalaman mengamalkn Ostematrix. Maklumlah bulan inikan bulan promosi Ostematrix. Alhamdulillah, sejak mengandung kali ini, saya memang langsung tak nak menelan susu. Tak teringin langsung nak menelannya. Hadoilah, masalah juga takut ada masalah kekurangan kalsium pula nanti. Kalau bukan anak, kesannya dapat pada si mamalah kan sebab janin akan menyerap kalsium daripada ibunya.

Nasib baiklah saya tahu pasal Ostematrix ni. Ostematrix ini ada sumber kalsium yang diperlukan oleh ibu mengandung/ibu menyusu. So, saya amalkan Ostematrix ini setiap hari untuk menampung keperluan kalsium. Dalam masa yang sama saya akan berusaha juga untuk minum susu. Hari tu ada try susu kambing jenama baru di Tesco. Tapi masa tu tak terfikir pula nak membelinya. Rasanya enak dan kena dengan tekak saya yang macam-macam sekarang ni. Nampaknya kena ke Tesco lah baru boleh beli susu. Tak naklah beli yang mahal-mahal sebab saya dah letakkan budget tu untuk Ostematrix.

Kenapa Ostematrix?

Sebab, Ostematrix ini bukan sahaja bagus untuk tulang tapi ia juga bagus untuk ibu mengandung/berpantang/menyusu yang ada masalah sembelit. Masa berpantanglah yang paling sakit sekali kalau sembelit kan. Tak sure pula bahan apa dalam Ostematrix yang menjadi penyebab kepada penyelesaian masalah sembelit ni tapi memang ramai yang bagi feedback positif. Selain itu, bila bangun pagi badan rasa lebih ringan dan segar walaupun tidur tak lama. Hilanglah rasa-rasa sengal dan lenguh-lenguh badan bila consume Ostematrix ini.

Saya memang syorkan Ostematrix ini untuk semua orang. Tak kira tua muda lelaki perempuan. Sebab setiap peringkat umur mesti memerlukan bekalan kalsium kan. Kalau tak, tulang/ gigi akan mudah reput/rosak. Dan bukan semua orang yang suka nak minum susu kan. Betul tak?

Ok lah. Itu sahaja buat kali ini. Dapatkan Ostematrix anda sekarang. Beli je 7 botol terus dengan harga promo yang terlajak murah bulan ini. Boleh simpan stok untuk 7 bulan terus kan. Jimat-jimat.


Berminat? Hubungi saya di :
Call/Whatsapp/Viber : 012-372 8374

No comments: